Selasa, 28 Jun 2011

BERSIH 2.0, Ada pihak yg ketawa dalam diam???? Lainnya,sorak dalam tangisan!!!

Perhimpunan Bersih 2.0 dijangka pada 9 Julai depan.

Sebelum apa2 moh jenguk sikit data2 ini..........

Siapa pengerusinya?
Dah siasat ke latarbelakangnya?
Kaum mana yang paling ramai terlibat dalam Bersih 1.0 dulu?
Akan bertambahkah perpaduan di kalangan orang Melayu.selepas Bersih?
Siapa yg bakal mendapat "LABA" kalau benar-benar Bersih 2.0 dilaksanakan?

Pada pendapat akulah ya, Perhimpunan Bersih 2.0 ini akan lebih memudaratkan negara dalam tempoh jangkamasa panjang.Walaupun banyak pihak yang mengatakan perhimpunan secara aman ini tidak bertentangan dengan Perlembagaan malah hak untuk berhimpun secara aman diperuntukkan di dalam Perlembagaan, kita harus berfikiran pro dan kontra di dalam isu ini.

Pertimbangan yang wajar perlu diambil agar "nasi tidak menjadi bubur".

Menyentuh tentang perpaduan orang-orang Melayu yang semakin longgar hanya disebabkan perbezaan ideologi politik,sekiranya Bersih 2.0 diteruskan jugak, aku percaya,yang longgar akan menjadi semakin rapuh.Pihak lain akan ketawa dalam diam.Seperti dalam Bersih 1.0 dulu, yg paling ramai pada pandangan aku, Melayu yang terlibat.

Perkasa membantah.Pemuda UMNO juga bantah,Pertubuhan Silat Seni Lincah juga turut membantah.Tak tersenarai rasanya siri bantahan dan laporan polis yg telah dibuat.Siapa Perkasa?Siapa Pemuda UMNO,Siapa pula yang menjadi anggota Pertubuhan Seni Silat Lincah ini? Tidakkah mereka ini dari kaum yg sama yg akan menjadi majoriti peserta bersih 2.0.Fikir-fikirkanlah wahai bangsaku.

Tidakkah kita masih ingat, Kerajaan Melayu Melaka jatuh dek perasaan hasad dengki,tamak haloba dan inginkan laba oleh segelintir mereka yg sanggup menggadai maruah bangsa.

Lupakah kita pada jasa Tok Janggut,Datuk Bahaman dan Mat Kilau yang sanggup mati demi tanahair tercinta.begitu juga Datuk Maharajalela bergadai nyawa demi maruah bangsanya.

Isnin, 27 Jun 2011

Politik Malaysia sentiasa panas

Nntah lah , apa nak jadi dengan poltik Malaysia kini. Sejak PRU ke 12 pd thn 2008 lalu,boleh dikatakan setiap hari ada saja isu -isu panas yg terpampang di dada-dada akhbar arus perdana maupun akhbar pro pembangkang.

Hari ni, aku baru je lepas belek-belek semua paper on-line,tak sah dlm sehari kalau tak tgk berita,tak kiralah kt TV atau internet,sempat gak jengah media baru,blog-blog politik.

Rimas rasanya, camna lah Malaysia nak gapai negara maju kalau tiap2 hari asyik berpolitik ja.

Lepas satu isu timbul isu lain pulak.

Isu video seks yg didedahkan oleh trio "Datuk T" menghangatkan suhu politik seketika.Kini datang pula isu "Bersih 2.0"...................

Aku bukannya nak puji sistem Amerika, cer lihat dan pikiaq..........selesai saja kempen pemilihan Presiden US,bila saja Obama angkat sumpah jadi Presiden,dilantiknya Hillary Clinton.sedangkan minah ni lah yang bertanding calon Presiden dgn beliau.

Lain pulak halnya dgn Malaysia,bilakah masanya "bangsaku" mahu bersatu......

Bukan mustahil tetapi sukar...kalau pemimpin2 melayu sanggup ketepikan ideologi politik,sanggup buang ego,sanggup duduk bersama demi Islam dan bangsanya,sanggup ketepikan kepentingan diri..............sah,kita boleh bersatu......................Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...