Khamis, 28 Julai 2011
PM beri semangat
HARIMAU Malaya mendapat tonik tambahan apabila peminat nombor satu bola sepak negara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan kata-kata semangat sebelum mereka ‘berperang’ membalas dendam kepda Singapura malam ini.
Menurut jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal, buat pertama kali Najib menghubunginya dan memberi kata-kata semangat buat pasukannya bahawa seluruh rakyat Malaysia bersama mereka.
“Sebelum latihan jam 5.30 petang tadi Datuk Seri menghubungi saya dan memberikan kata-kata semangat kepada pasukan Harimau Malaya dan ini menunjukkan PM juga mengambil berat dan sentiasa mengikuti perkembangan pasukan.
“Bagi saya ini adalah satu penghormatan buat kami kerana jika kita lihat mana ada PM yang sanggup duduk di atas jalan raya bersama rakyat bagi menyaksikan perlawanan bola sepak.
“Tetapi ini juga menjadi sebagai satu cabaran buat kami untuk beraksi lebih baik di hadapan lebih 85,000 penyokong malam esok (hari ini),” katanya
Petikan dari http://www.sinarharian.com.my/SH/sukan/
Nik Aziz harap Malaysia menang
|
Ayuh,Harimau Malaya,berjuanglah demi maruah bolasepak negara
Berjuanglah atas nama maruah negara
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.Itulah hakikat sebenar skuad Harimau Malaya.PERLU MENANG sekurang-kurang 2-0 ke atas Singapura untuk seri dengan agregat 5-5 seterusnyan LAYAK berdasarkan peraturan gol di tempat lawan akan memihak kepada kita.
Tidak mustahil Singapura akan menjadi mangsa ngauman,Harimau Malaya sekiranya benteng negara kebal,dan penyerang negara mampu meledakkan gol.
Jika Malaysia menang dan layak ke pusingan ketiga , bermakna Malaysia telah menempa sejarah bola sepak negara untuk pertama kali beraksi dalam saingan kumpulan.
Malaysia tidak perlu bimbang dengan sokongan.Semua tiket berjumlah 85,000 sudah habis dijual.Kini ,anak-anak buah Datuk K.Raja perlu menterjemahkan harapan menggunung rakyat Malaysia.
Cik Uteh
Inilah gambar kucing kesayangan anak-anak, Cik Uteh, kucing jantan.Nama tu sempena warna bulunya,pada asalnya putih semua.Yg nampak sedikit kekuningan tu, selepas ditaruh inai.Pada awalnya malas juga nak pelihara kucing, maklumlah dok dalam kawasan taman perumahan.Tapi kesian kat anak-anak yg asyik dok sebut nak bela kucing.bab bagi makan, anak-anak mmg suka,tapi bab mandi dll, bapanya lah kena buat.Bukan apa ,bak kata orang tua-tua dahulu, hati-hati,baik-baik pun binatang.
Cik Uteh ni manja,pagi2 dlm kul 6 tu dah meow-meow,nak makan le.Balik rumah tgh,nampak ja kita sampai terus meow,makan lagi.Petang pula, memang time dia main.Dalam kul 6 tu, Along siap tanya bila nak buka sangkar Cik Uteh,nak bagi dia main.Dalam sangkar ,Cik Uteh ada 2 anak patung Pooh temankan dia.
Selasa, 26 Julai 2011
Kalau Menang 2-0,Malaysia layak,sejarah tercatat

PERTAMANYA, perlu menang 2-0. Yang keduanya, benteng pertahanan harus diperkemaskan. Jika kedua-duanya dapat disempurnakan dengan baik, Harimau Malaya akan menjejak kaki ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014. Pastinya kejayaan tersebut terpahat menjadi satu sejarah baharu dalam bola sepak negara.
Misi untuk mendapatkan dua gol mungkin bukan tugas berat buat anak-anak didik Datuk K. Rajagobal itu tetapi yang dilihat agak membimbangkan adalah benteng pertahanan. Ia boleh dikatakan agak rapuh dan dalam beberapa perla- wanan kebelakangan ini, mereka terlalu mudah dibolosi. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa bahagian pertahanan merupakan posisi paling lemah dalam skuad Harimau Malaya. Rajagobal sendiri pun tidak mengetahui puncanya. Pemain yang diberi peranan mengawal jentera pertahanan bukannya kurang pengalaman. Mereka ada kualiti.
Mereka ada keyakinan dan mereka juga memiliki semangat juang yang tinggi. Tetapi macam ada yang tidak kena, khususnya pada aksi menentang Singapura pada perlawanan pertama pusingan kedua di Stadium Jalan Besar, Si- ngapura, Sabtu lalu. Macam-macam andaian dibuat terhadap kelemahan itu, namun yang jelas, watak utama di jentera pertahanan itu agak hilang fokus. Puncanya adalah kelemahan mental.
Ia memang biasa berlaku khususnya kepada pemain muda yang belum cukup ilmu di pentas antarabangsa. Keghairahan untuk meraih kemenangan juga boleh menjadi faktor menjejaskan mental mereka dan akibatnya, fokus terhadap permainan hilang. Bila ia berlaku, mereka akan mudah hilang arah seperti yang berlaku pada aksi menentang Singapura, Sabtu lalu. Selepas Malaysia berjaya merapatkan jurang kepada 3-4 setelah ketinggalan 1-4 pada separuh masa pertama, keadaan menjadi semakin rancak.
Keghairahan mengatasi segala-galanya sehingga barisan pertahanan mula hilang fokus dan arah ketika kembali diasak pemain Singapura. Sepatutnya, pertahanan negara terus mengekalkan sikap tenang untuk mengawal keadaan tetapi sebaliknya yang berlaku. Gol-gol yang dijaringkan oleh pemain Singapura pula terlalu muda. Kadang-kadang prestasi penjaga gol juga boleh menjejaskan semangat barisan pertahanan. Tiga gol mudah pada aksi me- nentang Singapura yang gagal diselamatkan oleh Sharbinee Allawee juga boleh menjadi punca melunturkan semangat.
Apa pun, yang cukup jelas ialah jentera pertahanan memang terlalu longgar dan ia harus diperkemaskan segera dalam usaha untuk mencapai misi mencari kemenangan 2-0 di Bukit Jalil, Khamis ini. Perlu diingat, barisan pemain Singapura tidaklah sehebat mana tetapi kelebihan yang ada pada mereka ialah bijak menyambar peluang. Pantang ada peluang, pasti dirembat ke gawang lawan, dan pemain Harimau Malaya perlu mengawasinya dengan bijak. Kalau tiga gol berjaya diledak di Kota Singa, Bukit Jalil bakal menyaksikan rentak yang lebih garang daripada Harimau Malaya.
Tiada yang mustahil, lagipun jentera serangan skuad bimbi- ngan Rajagobal itu dilihat agak konsisten menggegar gawang lawan. Ketiadaan Safiq Rahim pada aksi kedua ini selepas dilayangkan kad merah pada perlawanan Sabtu lalu, mungkin agak menjejaskan perancangan yang bakal digunakan oleh Rajagobal. Tetapi berdasarkan aksi pada separuh masa kedua di Stadium Jalan Besar itu, Amirulhadi Zainal mampu menggalas watak yang dimainkan oleh Safiq. Cuma yang perlu diperkemaskan adalah jentera pertahanan yang memang sangat membimbangkan. Apa pun yang akan berlaku, Harimau Malaya perlu menang tanpa dibolosi lawan. - Editor Sukan Kosmo
KELEMAHAN jentera pertahanan menjadi punca kekalahan 3-5 Harimau Malaya kepada
Singapura, Sabtu lalu.
Singapura, Sabtu lalu.
Isnin, 25 Julai 2011
Uruguay juara Copa Amerika buat kali ke 15
Ledakan dua gol dari pemain terbaik Piala dunia 2010,Diego Forlan dan satu gol dari Luis Suarez membantu Uruguay menewaskan Paraguay 3-0 untuk muncul juara Copa America buat kali ke-15.Suarez juga telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.
PRU 13 DAH DEKAT : BN Vs Pakatan Rakyat
Berikut petikan kata -kata dari Tan Sri Muhyiddin Yassin,Timbalan Perdana Menteri, yang juga Timbalan Pengerusi BN ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan ke-19 parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) ke-19 di Seri Kembangan kelmarin,
"Kita tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai pasukan yang mantap untuk berdepan pilihan raya umum.
"Kalau sebelum ini kita mempunyai Team 1, Team 2 dan sebagainya, saya mahu mulai sekarang, kita hanya mempunyai satu team sahaja iaitu Team BN,"
"Kalau sebelum ini kita mempunyai Team 1, Team 2 dan sebagainya, saya mahu mulai sekarang, kita hanya mempunyai satu team sahaja iaitu Team BN,"
Mengikut rekod,PRU 12 telah diadakan pada tahun 2008,ini bermakna tempoh penggal berakhir adalah pada tahun 2013.
Bak kata Tun Dr M, tak perlu tergesa-gesa untuk bubarkan Parlimen,teruskan agenda yang belum selesai.....................
Tapi sesekali fikir, elok juga buat PRU 13 lebih awal, kalau tidak saban hari kita disajikan dengan berita berunsur politik,muak juga rasanya.Kan lebih elok masa yang ada fokus kepada agenda pembangunan negara dan kebajikan rakyat.
Fitrah Perlis RM 6
Kadar zakat fitrah di Perlis tahun ini kekal RM6 sama seperti tahun lepas, kata Pengerusi Baitulmal Perlis, Datuk Abu Bakar Ahmad.
Bercakap kepada Bernama hari ini, beliau berkata, kadar itu ditetapkan dalam mesyuarat Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis baru-baru ini. -Sumber dari Bernama
Bagaimana kaedah pembayaran zakat fitrah. Cuba kita renungkan hadis dari Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:
“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – Riwayat Muslim
Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia (Rujukan:e-fatwa)
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa
- Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Bagdhdad bersamaan 2.60kg.
- Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White Rice bagi negeri Sabah dan Thai White Rice bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70kg.
Jangan lupa kewajipan berzakat
Sultan cemar duli kutip sampah

Tumpat - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam mencemar duli mengutip sampah bagi menunjukkan contoh kepada rakyat di negeri ini supaya mementingkan kebersihan persekitaran.
Baginda yang kelihatan selesa mengenakan baju T, berseluar trek dan topi tanpa segan silu bersama-sama dengan 1,000 orang rakyat mengutip sampah sarap selama dua jam di Pantai Sri Tujoh di sini.
Majlis tersebut yang bermula pukul 10.30 pagi diadakan di situ kerana Pantai Sri Tujoh adalah antara destinasi tumpuan orang ramai dan pelancong.
"Beta dapati masjid tidak dibersihkan, tandas tidak dicuci, ini tidak sepatutnya berlaku sebab kebersihan adalah sebahagian daripada iman,'' titah baginda kepada pemberita selepas majlis anjuran Pertubuhan Kerabat D'Raja Al-Muhammadi itu berakhir.
Program itu adalah yang pertama seumpamanya melibatkan pihak istana dengan matlamat untuk merapatkan hubungan antara institusi diraja dengan rakyat. -Kosmo 24/7/2011
Ahad, 24 Julai 2011
MU kelab terkaya di dunia
Tempat kedua hingga keempat dimonopoli oleh kelab dari Amerika di dahului dengan Dallas Cowboys ( $1.81 bilion),New York Yankees ($1.7 bilion) dan Washington Redskins ($1.55 bilion)
Kelab dari Sepanyol, Real Madrid pula menduduki tangga kelima dengan nilai dianggarkan $1.45 bilion manakala satu lagi kelab dari England, Arsenal berada di tempat ketujuh dengan anggaran nilai $1.19 bilion.
Harimau Malaya di baham Sang Singa "import"
Skuad Harimau Malaya dibaham Sang Singa ,tewas 3-5 pada perlawanan pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia Zon Asia di Stadium Jalan Besar, Singapura malam tadi.
Jaringan awal oleh Safee Sali tidak membantutkan serangan skuad Singapura malah bingkas membenam Harimau Malaya dengan lima gol menerusi dua jaringan Aleksander Duric pada minit ke-8 dan 80 dan masing-masing satu oleh Qiu Li (21’), Mustafic Fahrudin (44’) dan Shi Jiayi (45’).
Luka Harimau Malaya bertambah parah apabila Safiq Rahim (kapten pasukan) dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan pada minit ke-50 selepas mengasari Haris Harun. Malaysia kembali merapatkan jurang dengan dua gol menerusi pemain gantian, Abdul Hadi Yahya pada minit ke-70 dan Safee Sali seminit selepas itu.
Hanya baki 90 minit pada perlawanan kedua pusingan kedua aksi timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, 28 Julai ini bakal penentu masa depan Malaysia ke pusingan ketiga Zon Asia nanti.

Ayuh Harimau Malaya,gandakan usaha ,Malaysia Boleh!
Penuhkan Stadium Bukit Jalil,sokonglah Team Malaysia......
Secara peribadi kejayaan Singapura pada perlawan malam tadi langsung tidak boleh dibanggakan.Semua jaringan oleh pemain import,bukannya "anak jati" Singapura.
Khamis, 21 Julai 2011
Hukum orang kafir membaca Al-Quran dan Hadis Nabi SAW

Isu panas minggu lepas di persada arus politik negara apabila ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dari DAP menggunakan hadis semasa berhujah di Persidangan DUN Negeri Selangor 12 Julai lepas.
Ketua Pembangkang negeri Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman sepertimana dilaporkan media tempatan mengatakan ADUN DAP itu tidak layak untuk membicarakan soal hadis kerana beliau bukan seorang Muslim selain tidak memahami agama Islam termasuk tidak memahami hadis Rasulullah SAW itu sendiri.Menurut beliau lagi tindakan Suee Lim itu bukan untuk menyokong hujah, sebaliknya mengguna serta mempersendakan sabda Rasulullah SAW untuk kepentingan politik.Ekoran tindakan itu,Mohamad Satim telah dikenakan tindakan dihalau daripada sidang dewan pada hari berkenaan oleh Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim.
Pas Selangor sepertimana dilaporkan media tempatan telah menyatakan pendirian mempertahankan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim serta mana-mana pemimpin bukan Islam lain di negeri ini untuk menggunakan hadis dalam mana-mana ceramah termasuk dalam perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
Menurut Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad , tindakan pemimpin bukan Islam menggunakan hadis termasuk ayat al-Quran dalam perbahasan dan ucapan tertentu bukannya satu kesalahan selagi ia tidak lari daripada maksud sebenar.Alasan beliau, agama Islam, al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT manakala hadis yang disampaikan oleh Rasulullah SAW adalah sebagai panduan,kebenaran kepada umat manusia sehingga hari ini.Justeru itu, beliau berpendapat,tiada masalah kalau orang bukan Islam mahu menggunakan hadis untuk menerangkan sesuatu perkara.
Di dalam Al-Quran dan Hadis terdapat bukti-bukti tentang kekuasaan Allah dan kebenaran agama Islam kepada semua termasuklah kepada orang-orang bukan Islam. Seorang pendakwah Islam perlu berhujah menggunakan sumber dari Al-Quran dan Hadis disamping akal dan ilmu pengetahuan.Berdasarkan sejarah,bacaan Al-Quran oleh Fatimah telah menyebabkan Saidina Umar Al-Khatab tertarik dan seterusnya memeluk agama Islam.
Untuk renungan kita semua berikut diperturunkan beberapa pendapat ulamak terdahulu mengenai hukum orang kafir membaca Al-Quran atau Hadis Rasulullah saw. Antaranya:-
1. Imam Ramli dalam kitabnya ihaayatu al Muhtaj (ulamak Mazhab Syafie) mengatakan Orang kafir tidak ditegah untuk membaca Al- Quran kerana mereka tidak percaya kepada kehormatannya.
2.Ada dari kalangan Mazhab Hambali mengatakan Haram bagi orang kafir zimmi atau yang lainnya untuk membaca al-Quran. Ini kerana mereka yang lebih patut ditegah daripada orang yang berjunub.
3.Pendapat Syeikh Atiyyah Saqr (bekas Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar ) mengatakan golongan bukan Islam tidak ditaklifkan dengan syariat
dan hukum-hakam Islam kerana asal syariat tidak terdapat di sisinya. Oleh itu mereka tiadalah halangan (boleh) bagi mereka untuk membaca, membawa dan menyentuh al-Quran al-Karim walaupun tanpa wudhuk.
4.Ada juga ulama yang berpendapat golongan bukan Islam turut ditaklifkan dengan hukum-hakam dan permasalahannya.Oleh itu mereka juga akan dihisab oleh Allah Taala di atas pentaklifan syariat ini. Justeru itu mereka tidak dibolehkan untuk membaca, menyentuh atau membawa al-Quran al-Karim jika tidak berada di dalam keadaan bersuci. Jika perkara itu masih lagi terdapat khilaf maka tiadalah halangan (boleh) dari mengambil salah satu pandangan ulama khususnya jika terdapat keadaan yang memerlukan yang demikan.
Justeru itu,pada pandangan peribadi saya ,untuk kita berdakwah kepada bukan Islam kita hendaklah berdakwah secara bijaksana dan penuh berhikmah agar Islam ini terus dipandang mulia.Ketepikan kepentingan politik dan peribadi.Lakukan segalanya kerana ALLAH,nescaya kita mendapat keredaannya di dunia dan akhirat.Amin.
Krisis identiti perlu dibendung segera
Wajah terkini Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25 tahun yang telah menggemparkan negara,khususnya masyarakat Islam kerana memfailkan permohonannya ke Mahkamah Tinggi untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana dan jantinanya kepada wanita telah ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Mohd Yazid Mustafa.
Sekiranya dibenarkan,tentulah ianya akan menjadi trend dan ikutan bagi golongan berkenaan.Mengikut Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, sepertimana yang dilaporkan oleh media tempatan, ada lebih 6,000 lelaki berpakaian dan berperwatakan wanita di ibu negara pada tahun 1980-an dan beliau yakin jumlah itu sudah bertambah.
Berdasarkan portal rasmi Fatwa Malaysia iaitu e-Fatwa, Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) yang membincangkan perkara itu mengikut hukum muktabar dalam Islam pada 1993 memutuskan penukaran jantina lelaki kepada wanita adalah haram dan permohonan untuk bernikah tidak dibenarkan.

Rasulullah SAW telah mengingatkan kita hal berkaitan pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya menerusi sabdanya yang bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Riwayat:Bukhari dan Muslim)
Baginda juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." ?(Riwayat:Abu Daud dan Al-Hakim).
Baginda juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." ?(Riwayat:Abu Daud dan Al-Hakim).
Justeru itu,semua pihak harus bertanggungjawab membendung krisis identiti ini dari terus merebak di kalangan masyarakat.
Rabu, 20 Julai 2011
Meh la try cupcakes n cakes

Bukan nak puji,tapi memang sedap.
Tentang harga,gerenti murah dari tokey-tokey kek lain.
Tentang bahan2nya,memang teliti status "halalnya". Bak kata orang,mencari rezki halal,bahan2nya mestilah halal .
Berniaga dengan satu niat,pastikan umat Islam dapat makanan tanpa perlu rasa curiga dan was-was.
Sila layari......
http://www.batriesyia-homemade.com
http://www.batriesyia-homemade.com
Guna gas pemedih mata,polis nafi kenyataan pembangkang
Memetik kenyataan akhbar seperti disiarkan oleh media arus perdana hari ini melaporkan ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, menafikan dakwaan pihak pembangkang bahawa polis telah menggunakan gas pemedih mata,CS (Combined Systems) seperti yang digunakan oleh tentera Israel untuk memerangi rakyat Palestin ketika perhimpunan haram 9 Julai lalu.
Nada yang berbeza sama sekali dilontarkan oleh Naib Presiden KEADILAN N Surendran sepertimana dilaporkan di dalam portal rasmi parti Keadilan yang berkata, serangan gas pemedih mata telah dihalakan tepat ke arah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Fayyadh ketika berada di terowong KL Sentral pada 9 Julai lalu.Beliau juga dilaporkan berkata ia adalah siri terbaru dalam cubaan membunuh Anwar dan telah dirancang lebih awal oleh pihak polis.
Sebagai seorang warganegara yang rasional tentu dapat membezakan kenyataan yang amat kontra antara satu sama lain itu.Hanya masa bakal menentukan siapa yang benar???
Anda mempunyai kuasa keramat sebagai pengundi...........Gunakan dengan bijaksana,jangan dipengaruhi oleh emosi.Undi anda penentu halatuju Malaysia pada masa hadapan...

Malaysia XI Vs Chelsea
Menang satu kejutan
Seri satu bonus
Kalah..............satu kemungkinan??
Ayuh beri sokongan kepada skuad Harimau Malaya
![]() |

Semua agama larang maksiat
Seminggu lagi umat Islam bakal menyambut Ramadan Al-Mubarak.
Isu yang diputarkan oleh media pro-kerajaan dan pro-pembangkang lewat minggu ini berkaitan "penutupan pusat hiburan" di dalam bulan Ramadan bagi menghormati kemuliaan Ramadan dan pengganut agama Islam.Seperti biasa ada "pro" dan "kontra"nya.
Persoalan yang timbul, adakah mana-mana agama baik Islam,Hindu,Kristian,Budha dan lain-lain lagi yang membenarkan maksiat?

Selasa, 19 Julai 2011
Tanah Kubur........Drama berunsur pengajaran

Drama bersiri terbaru, Tanah Kubur yang bersiaran pada setiap hari Jumaat di saluran 106 Astro Oasis mulai 13 Mei, jam 7.30 malam sarat dengan mesej dan nilai - nilai positif buat pengajaran dan iktibar kepada kita semua.
Drama yang memaparkan pengalaman dan peristiwa aneh seorang penggali kubur, lakonan mantap Nasir Bilal Khan. Jangan pula ada yang mengaitkan drama ini dengan unsur tahyul @ sebagainya.Molek yang elok itu dijadikan pengajaran,yang buruk dipaparkan jadikan sempadan.
Khamis, 14 Julai 2011
Harimau Malaya tumbang di tangan Gunners
Dianggarkan hampir 65,000 penonton menyaksikan perlawanan malam tadi.
Sudah dijangkakan ,majoriti penonton berpakaian jersi Arsenal, segelintir saja yang berjersi kuning,Harimau Malaya.
Walaupun Gunners turun tanpa Robin van Persie, Samir Nasri, Bacary Sagna dan Andrei Arshavin dalam kesebelasan Arsenal, ledakan 4 jaringan menyaksikan Malaysia harus mencari setiap kepincangan yg terjadi sebelum berdepan Singapura dalam perlawanan kelayakan Pra-Piala Dunia nanti.
Ayuh rakyat Malaysia,sokonglah team Harimau Malaya...........cammanalah pemain kita nak semangat, kalau yg datang ke stadium boleh dibilang dgn jari je yg pakai jersi negara.
Patriotiklah sikit brader..........

Rabu, 13 Julai 2011
Antara patriotisme dan minat membara
Malam ini di stadium nasional Bukit Jalil akan berlangsung perlawanan persahabatan antara pasukan kebangsaan,Harimau Melaya dan Arsenal.
Media2 cetak dan elektronik telah hampir 2 minggu mempromosikan team Arsenal,sikit saja berita yg keluar mengenai skuad kebangsaan.
Memanglah kalau diikutkan nilai komersial,satu tindakan yg dianggap menguntungkan.Pun begitu,pihak2 yang berkenaan perlu membajai semangat patriotisme kepada negara.

Selasa, 12 Julai 2011
BERSIH 2.0 : Natijahnya pada bangsa Melayu
Dianggarkan 98% yang menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu adalah berbangsa Melayu.Memang menyedihkan.Kemana perginya kaum lain yang kononnya bersama pakatan rakyat?
Sifirnya mudah.Bangsa lain tak kira apa jua fahaman politiknya lebih memikirkan kepentingan dari sudut ekonomi.Kebanyakan mereka usahawan ataupun paling tidak peniaga.
Bangsa Melayu dahlah ketinggalan dari aspek ekonomi,kekayaan malah dalam pendidikan dan profesional ,takkanlah kuasa politik yang sejak merdeka dipegang oleh Melayupun sanggup digadaikan!
Bersih 2.0 telah menterjemahkan betapa bangsa Melayu tidak sekuat dulu.Berpecah keranan ideologi politik,malah ada pihak yg mengatakan ,bangsa Melayu mudah diperkudakan dan dicucuk hidungnya!.
Teringat lirik lagu "anak kecil main api"..........kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa,bersatulah hati,bersama berbakti,pulih kembali harga diri.
Renung-renungkanlah!!!!!

Selasa, 5 Julai 2011
Kontraktor Melayu perlu ada ilmu,ubah sikap untuk maju
Tak semua kontraktor Melayu bersikap acuh tak acuh dgn kerjanya,tetapi pengalaman 2 kali berurusan dengan kontraktor Melayu membuatkan aku sendiri berasa amat "terkilan".
Kes pertama berlaku dlm tahun 2003 yg lalu.Memang semangat nasionalis bangsa yang tinggi dan seagama membuatkan aku pilih kontraktor Melayu untuk proses "extension" rumah.Untuk diringkaskan cerita, aku pecat kontraktor tersebut berdasarkan data-data yg ku kumpul tentang sikapnya terhadap client yg lain membuatkan aku 100% sangsi ,siapkah rumah aku spt dijanjikan.
Belum mula kerja,dah minta duit,aku bagi ,katanya nak buat modal.Lepas kerja hampir 2 minggu lebih,pekerja kata gaji tak dapat.............aku start confuse.Lepas aku psg spy, rupanya org sama anbik upah buat renovation kedai emas kt Arau,duit ambik habis,kedai tak siap.Tokey emas tu sendiri bagitau.Kalau kau orang ingat aku tipu, pi la tanya satu-satunya kedai emas kt Arau,tepi Pejabat Pos Arau.
Tak puas hati,check lagi., Kali ni ada org bagitau 2,3 rumah terbengkalai.Duit dia ambik,rumah tak siap.Ambik duit tuan rmh A,pi buat kt rmh B,hbs ambik semua duit dari tuan rmh B, cari duit kt tn rmh C.Tulah kerjayanya.Pusing2.
Last sekali,aku beli barang,upah pekerja buat.Itulah first time aku jd kontraktor cabuk,At last siap jgk bhgn yg nak di ubahsuaitu.
Kali ni aku nak rombak rumah tu jadi 2 tkt pulak.Mula2 aku nak bagi sub kt tukang upah buat,aku beli barang.Mula2 ada org rekomen kontraktor Siam, kos dia aku dah ok.
Pastu nk jadi cerita, jumpa kontraktor Melayu,satu kawasan,mula2 aku nak kira sub,pastu dia minta buat semua.Janji aku ambik kunci rumah siap.So,lepas fikir2,coz busy dgn kerja,akupun setuju.
Sekarang ni aku jadi tension.Group pertama tukang,buat kerja 2 minggu........mogok,depa kata gaji tak dapat.Aku tanya kontraktor,dia kata dah bagi kt Supervisor yg dia lantik utk bayar,Supervisor bgtau aku,kontraktor x bagi duit.Lepas 9 hari aku tanggung makan minum tukang,depa pun blah.
Pastu mai group baru pulak.Lepas sebulan,kes mcm tadi berulang kembali.Ding-dong psl gaji.La ni,dah 2 hari tukang mogok x buat kerja.
Supervisor pun satu hal.Ada ke patut, 2x nak pinjam duit kat aku.Nasib baik aku tak bagi,kalau tak hangus duit aku.Kali pertama dia kata nak byr hutang,kali kedua dia nak aku bagi pinjam kat tukang rumah.
Yang aku hairan, kenapa kontraktor masih ambik supervisor yang sama urus rumah aku coz dah 2x jadi kes yg serupa.
Saat ini...............................pekerja mogok,kerja x jalan.........supervisor entah kemana??????
Kontraktor tak datang...............................
Aku bagi masa seminggu lagi,pastu aku update latest news.
Insyaallah kalau Allah permudahkan,aku ingat nak ambik Lesen Kontraktor sendiri.Aku nak buktikan pada semua, kontraktor MELAYU/ISLAM juga setanding dgn bangsa lain dan mampu berdikari dan patuh pd janji.........................Nabi SAW pun dalam sabdanya menyatakan salah satu sikap orang munafik,APABILA BERJANJI IA MUNGKIRI.
Moga2 dijauhkan Allah dari sifat sebegitu.Amin Ya Robbal 'A lamin.

Langgan:
Catatan (Atom)