Berjuanglah atas nama maruah negara
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.Itulah hakikat sebenar skuad Harimau Malaya.PERLU MENANG sekurang-kurang 2-0 ke atas Singapura untuk seri dengan agregat 5-5 seterusnyan LAYAK berdasarkan peraturan gol di tempat lawan akan memihak kepada kita.
Tidak mustahil Singapura akan menjadi mangsa ngauman,Harimau Malaya sekiranya benteng negara kebal,dan penyerang negara mampu meledakkan gol.
Jika Malaysia menang dan layak ke pusingan ketiga , bermakna Malaysia telah menempa sejarah bola sepak negara untuk pertama kali beraksi dalam saingan kumpulan.
Malaysia tidak perlu bimbang dengan sokongan.Semua tiket berjumlah 85,000 sudah habis dijual.Kini ,anak-anak buah Datuk K.Raja perlu menterjemahkan harapan menggunung rakyat Malaysia.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan