Khamis, 28 Julai 2011

Cik Uteh


Inilah gambar kucing kesayangan anak-anak, Cik Uteh, kucing jantan.Nama tu sempena warna bulunya,pada asalnya putih semua.Yg nampak sedikit kekuningan tu, selepas ditaruh inai.Pada awalnya malas juga nak pelihara kucing, maklumlah dok dalam kawasan taman perumahan.Tapi kesian kat anak-anak yg asyik dok sebut nak bela kucing.bab bagi makan, anak-anak mmg suka,tapi bab mandi dll, bapanya lah kena buat.Bukan apa ,bak kata orang tua-tua dahulu, hati-hati,baik-baik pun binatang.


Cik Uteh ni manja,pagi2 dlm kul 6 tu dah meow-meow,nak makan le.Balik rumah tgh,nampak ja kita sampai terus meow,makan lagi.Petang pula, memang time dia main.Dalam kul 6 tu, Along siap tanya bila nak buka sangkar Cik Uteh,nak bagi dia main.Dalam sangkar ,Cik Uteh ada 2 anak patung Pooh temankan dia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...