Isnin, 25 Julai 2011

Fitrah Perlis RM 6


Kadar zakat fitrah di Perlis tahun ini kekal RM6 sama seperti tahun lepas, kata Pengerusi Baitulmal Perlis, Datuk Abu Bakar Ahmad.
Bercakap kepada Bernama hari ini, beliau berkata, kadar itu ditetapkan dalam mesyuarat Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis baru-baru ini. -Sumber dari  Bernama

Bagaimana kaedah pembayaran zakat fitrah. Cuba kita renungkan hadis dari Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh  Abu Said al-Khudry bermaksud:

“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – Riwayat Muslim


Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia (Rujukan:e-fatwa)

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa
  1. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Bagdhdad bersamaan 2.60kg.
     
  2. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White Rice bagi negeri Sabah dan Thai White Rice bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70kg.
Jangan lupa kewajipan berzakat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...