Memetik kenyataan akhbar seperti disiarkan oleh media arus perdana hari ini melaporkan ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, menafikan dakwaan pihak pembangkang bahawa polis telah menggunakan gas pemedih mata,CS (Combined Systems) seperti yang digunakan oleh tentera Israel untuk memerangi rakyat Palestin ketika perhimpunan haram 9 Julai lalu.
Nada yang berbeza sama sekali dilontarkan oleh Naib Presiden KEADILAN N Surendran sepertimana dilaporkan di dalam portal rasmi parti Keadilan yang berkata, serangan gas pemedih mata telah dihalakan tepat ke arah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Fayyadh ketika berada di terowong KL Sentral pada 9 Julai lalu.Beliau juga dilaporkan berkata ia adalah siri terbaru dalam cubaan membunuh Anwar dan telah dirancang lebih awal oleh pihak polis.
Sebagai seorang warganegara yang rasional tentu dapat membezakan kenyataan yang amat kontra antara satu sama lain itu.Hanya masa bakal menentukan siapa yang benar???
Anda mempunyai kuasa keramat sebagai pengundi...........Gunakan dengan bijaksana,jangan dipengaruhi oleh emosi.Undi anda penentu halatuju Malaysia pada masa hadapan...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan