Ahad, 24 Julai 2011

Harimau Malaya di baham Sang Singa "import"

SAFIQ (empat dari kiri)
dilayangkan kad merah selepas terjahan keras ke atas pemain lawan, malam tadi.

Skuad Harimau Malaya dibaham Sang Singa ,tewas 3-5 pada perlawanan  pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia Zon Asia di Stadium Jalan Besar, Singapura malam tadi.

Jaringan awal  oleh Safee Sali tidak membantutkan serangan skuad Singapura malah bingkas membenam Harimau Malaya dengan lima gol menerusi dua jaringan Aleksander Duric pada minit ke-8 dan 80 dan masing-masing satu oleh Qiu Li (21’), Mustafic Fahrudin (44’) dan Shi Jiayi (45’).

Luka Harimau Malaya bertambah parah apabila  Safiq Rahim (kapten pasukan) dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan pada minit ke-50 selepas mengasari Haris Harun. Malaysia kembali merapatkan jurang dengan dua gol menerusi pemain gantian, Abdul Hadi Yahya pada minit ke-70 dan Safee Sali seminit selepas itu.

Hanya baki 90 minit pada perlawanan kedua pusingan kedua aksi timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, 28 Julai ini bakal penentu masa depan Malaysia ke pusingan ketiga Zon Asia nanti. 

Ayuh Harimau Malaya,gandakan usaha ,Malaysia Boleh!

Penuhkan Stadium Bukit Jalil,sokonglah Team Malaysia......

Secara peribadi kejayaan Singapura pada perlawan malam tadi langsung tidak boleh dibanggakan.Semua jaringan oleh pemain import,bukannya "anak jati" Singapura.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...