Selasa, 5 Julai 2011

Kontraktor Melayu perlu ada ilmu,ubah sikap untuk maju

Tak semua kontraktor Melayu bersikap acuh tak acuh dgn kerjanya,tetapi pengalaman 2 kali berurusan dengan kontraktor Melayu membuatkan aku sendiri berasa amat "terkilan".

Kes pertama berlaku dlm tahun 2003 yg lalu.Memang semangat nasionalis bangsa yang tinggi dan seagama membuatkan aku pilih kontraktor Melayu untuk proses "extension" rumah.Untuk diringkaskan cerita, aku pecat kontraktor tersebut berdasarkan data-data yg ku kumpul tentang sikapnya terhadap client yg lain membuatkan aku 100% sangsi ,siapkah rumah aku spt dijanjikan.

Belum mula kerja,dah minta duit,aku bagi ,katanya nak buat modal.Lepas kerja hampir 2 minggu lebih,pekerja kata gaji tak dapat.............aku start confuse.Lepas aku psg spy, rupanya org sama anbik upah buat renovation kedai emas kt Arau,duit ambik habis,kedai tak siap.Tokey emas tu sendiri bagitau.Kalau kau orang ingat aku tipu, pi la tanya satu-satunya kedai emas kt Arau,tepi Pejabat Pos Arau.

Tak puas hati,check lagi., Kali ni ada org  bagitau 2,3 rumah terbengkalai.Duit dia ambik,rumah tak siap.Ambik duit tuan rmh A,pi buat kt rmh B,hbs ambik semua duit dari tuan rmh B, cari duit kt tn rmh C.Tulah kerjayanya.Pusing2.

Last sekali,aku beli barang,upah pekerja buat.Itulah first time aku jd kontraktor cabuk,At last siap jgk bhgn yg nak di ubahsuaitu.

Kali ni aku nak rombak rumah tu jadi 2 tkt pulak.Mula2 aku nak bagi sub kt tukang upah buat,aku beli barang.Mula2 ada org rekomen kontraktor Siam, kos dia aku dah ok.

Pastu nk jadi cerita, jumpa kontraktor Melayu,satu kawasan,mula2 aku nak kira sub,pastu dia minta buat semua.Janji aku ambik kunci rumah siap.So,lepas fikir2,coz busy dgn kerja,akupun setuju.

Sekarang ni aku jadi tension.Group pertama tukang,buat kerja 2 minggu........mogok,depa kata gaji tak dapat.Aku tanya kontraktor,dia kata dah bagi kt Supervisor yg dia lantik utk bayar,Supervisor bgtau aku,kontraktor x bagi duit.Lepas 9 hari aku tanggung makan minum tukang,depa pun blah.

Pastu mai group baru pulak.Lepas sebulan,kes mcm tadi berulang kembali.Ding-dong psl gaji.La ni,dah 2 hari tukang mogok x buat kerja.

Supervisor pun satu hal.Ada ke patut, 2x nak pinjam duit kat aku.Nasib baik aku tak bagi,kalau tak hangus duit aku.Kali pertama dia kata nak byr hutang,kali kedua dia nak aku bagi pinjam kat tukang rumah.

Yang aku hairan, kenapa kontraktor masih ambik supervisor yang sama urus rumah aku coz dah 2x jadi kes yg serupa.

Saat ini...............................pekerja mogok,kerja x jalan.........supervisor entah kemana??????
Kontraktor tak datang...............................

Aku bagi masa seminggu lagi,pastu aku update latest news.

Insyaallah kalau Allah permudahkan,aku ingat nak ambik Lesen Kontraktor sendiri.Aku nak buktikan pada semua, kontraktor MELAYU/ISLAM juga setanding dgn bangsa lain dan mampu berdikari dan patuh pd janji.........................Nabi SAW pun dalam sabdanya menyatakan salah satu sikap orang munafik,APABILA BERJANJI IA MUNGKIRI.

Moga2 dijauhkan Allah dari sifat sebegitu.Amin Ya Robbal 'A lamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...