Khamis, 21 Julai 2011

Krisis identiti perlu dibendung segera

pix_gal0
Wajah terkini Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25 tahun yang telah menggemparkan negara,khususnya masyarakat Islam  kerana memfailkan permohonannya ke Mahkamah Tinggi untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana dan jantinanya kepada wanita telah ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Mohd Yazid Mustafa.
Sekiranya dibenarkan,tentulah ianya akan menjadi trend dan ikutan bagi golongan berkenaan.Mengikut Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, sepertimana yang dilaporkan oleh media tempatan, ada lebih 6,000 lelaki berpakaian dan berperwatakan wanita di ibu negara pada tahun 1980-an dan beliau yakin jumlah itu sudah bertambah.

Berdasarkan portal rasmi Fatwa Malaysia iaitu e-Fatwa, Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) yang membincangkan perkara itu mengikut hukum muktabar dalam Islam pada 1993 memutuskan penukaran jantina lelaki kepada wanita adalah haram dan permohonan untuk bernikah tidak dibenarkan.
Rasulullah SAW telah mengingatkan kita hal berkaitan pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya menerusi sabdanya yang bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Riwayat:Bukhari dan Muslim)
Baginda juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." ?(Riwayat:Abu Daud dan Al-Hakim).
 
Justeru itu,semua pihak harus bertanggungjawab membendung krisis identiti ini dari terus merebak di kalangan masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...