Khamis, 28 Julai 2011

PM beri semangat


HARIMAU Malaya mendapat tonik tambahan apabila peminat nombor satu bola sepak negara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan kata-kata semangat sebelum mereka ‘berperang’ membalas dendam kepda Singapura malam ini.

Menurut jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal, buat pertama kali Najib menghubunginya dan memberi kata-kata semangat buat pasukannya bahawa seluruh rakyat Malaysia bersama mereka.

“Sebelum latihan jam 5.30 petang tadi Datuk Seri menghubungi saya dan memberikan kata-kata semangat kepada pasukan Harimau Malaya dan ini menunjukkan PM juga mengambil berat dan sentiasa mengikuti perkembangan pasukan.

“Bagi saya ini adalah satu penghormatan buat kami kerana jika kita lihat mana ada PM yang sanggup duduk di atas jalan raya bersama rakyat bagi menyaksikan perlawanan bola sepak.

“Tetapi ini juga menjadi sebagai satu cabaran buat kami untuk beraksi lebih baik di hadapan lebih 85,000 penyokong malam esok (hari ini),” katanya


Petikan dari http://www.sinarharian.com.my/SH/sukan/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...