Berikut petikan kata -kata dari Tan Sri Muhyiddin Yassin,Timbalan Perdana Menteri, yang juga Timbalan Pengerusi BN ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan ke-19 parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) ke-19 di Seri Kembangan kelmarin,
"Kita tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai pasukan yang mantap untuk berdepan pilihan raya umum.
"Kalau sebelum ini kita mempunyai Team 1, Team 2 dan sebagainya, saya mahu mulai sekarang, kita hanya mempunyai satu team sahaja iaitu Team BN,"
"Kalau sebelum ini kita mempunyai Team 1, Team 2 dan sebagainya, saya mahu mulai sekarang, kita hanya mempunyai satu team sahaja iaitu Team BN,"
Mengikut rekod,PRU 12 telah diadakan pada tahun 2008,ini bermakna tempoh penggal berakhir adalah pada tahun 2013.
Bak kata Tun Dr M, tak perlu tergesa-gesa untuk bubarkan Parlimen,teruskan agenda yang belum selesai.....................
Tapi sesekali fikir, elok juga buat PRU 13 lebih awal, kalau tidak saban hari kita disajikan dengan berita berunsur politik,muak juga rasanya.Kan lebih elok masa yang ada fokus kepada agenda pembangunan negara dan kebajikan rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan