Khamis, 4 Ogos 2011
Hosni Mubarak,daripada kuku besi ke kandang besi
KAHERAH - Sejarah tercipta.Hosni Mubarak ,bekas Presiden Mesir yang terbaring di atas katil hospital dalam kurungan besi di mahkamah Kaherah mula dibicarakan atas kesalahan rasuah dan pembunuhan penunjuk perasaan.
Mubarak dan dua anak lelakinya, Gamal dan Alaa yang turut dibicarakan atas kesalahan sama mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan yang dibacakan pendakwa raya semasa permulaan perbicaraan.
Imej pemimpin kuku besi berumur 83 tahun itu disiarkan stesen televisyen Mesir secara langsung, iaitu kali pertama rakyat Mesir melihat bekas presiden itu sejak beliau digulingkan dalam protes besar-besaran, 11 Februari lalu selepas 30 tahun memerintah.
Di dalam kurungan itu, Mubarak yang kelihatan pucat dan memakai selimut mendongak untuk melihat proses perbicaraan dihadiri 300 orang sambil ditemani Gamal dan Alaa yang berdiri di sebelah katil bapa mereka.
Mubarak dan sembilan lagi defenden, termasuk bekas menteri dalam negeri Mesir memakai seragam penjara berwarna putih.
Perbicaraan Mubarak yang dijalankan di akademi polis Kaherah akan bersambung pada 15 Ogos depan dan beliau turut dipindahkan ke hospital berhampiran.
Jika disabitkan bersalah, Mubarak boleh dijatuhi hukuman mati
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan