Khamis, 20 Oktober 2011

JOM KE HIMPUN,22 Okt 2011 Stadium Shah Alam

NONE

Antara objektif Perhimpunan Sejuta Umat atau HIMPUN adalah bagi menegaskan agar larangan untuk menyebar dan mengembangkan agama selain Islam kepada umat Islam hendaklah dihormati dan tidak dicabar.

Jom beramai-ramai menyertai HIMPUN.

Akidah Muslim perlu dipertahankan dari sebarang gerakan Kristianisasi!!!!!!

Selasa, 11 Oktober 2011

Lima Belas Maksiat Yang Mengundang Bala

 

 

 

 

 

 

 

 

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda,maksudnya:

"Apabila umatku telah membuat lima belas pekara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu :
1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami yang menuruti kehendak isteri.
5. Anak derhaka kepada ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis disanjung (menjadi pujaan).
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan di ubah menjadi makhluk yang lain." H.R. Tarmizi.


Petikan daripada buku 40 hadis Peristiwa Akhir Zaman, Siri Pertama, susunan : Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi.

Badan agama perlu bebas politik - Raja Nazrin


IPOH 10 Okt. - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mahu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMPk) memiliki autonomi tertentu dan bebas daripada sebarang pengaruh politik kepartian bagi mengupayakan fungsinya secara berkesan.
Titah baginda, Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) pula perlu memahami secara jelas maksud dan keperluan penubuhannya yang berbeza dengan jabatan kerajaan lain dengan melaksanakan dasar-dasar yang diputuskan MAIKAMPk dan berfungsi kepada Paduka Seri Sultan.
''Enakmen yang sedia ada perlu dikaji dan jika perlu hendaklah diperkemas dan dipinda supaya dapat mengupayakan MAIKAMPk berfungsi dengan lebih berkesan.
''Kegiatan membangunkan ekonomi ummah secara lestari hendaklah diberi keutamaan. Ia menuntut penelitian semula corak program yang dilaksanakan oleh MAIKAMPk dan JAIP terutama kegiatan ekonomi, peranan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak, zakat, Baitulmal dan pengurusan dana," titah baginda.
Baginda yang juga Yang Dipertua MAIAMPk bertitah demikian ketika merasmikan persidangan kali ke-177 majlis tersebut di Kompleks Islam Darul Ridzuan, di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Pada majlis tersebut, baginda berkenan menyampaikan watikah kepada Pegawai Kewangan Negeri yang baru, Datuk Mohd. Ghazali Jalal yang diperkenan menganggotai MAIAMPk bagi menggantikan Datuk Jamaluddin Al-Amini Ahmad yang bersara wajib.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1011&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

Kristian Mesir dan polis bertempur


KENDERAAN perisai polis dan orang awam musnah dibakar oleh penganut Kristian Mesir yang mengadakan tunjuk perasaan di Kaherah, kelmarin. - AFP
 
KAHERAH 10 Okt. - Penganut Kristian dan polis tentera Mesir bertempur di sini semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh.
Penganut Kristian yang membantah mengenai serangan ke atas sebuah gereja dilaporkan membakar kenderaan, kereta perisai dan membaling batu ke arah polis yang didakwa bertindak keras.
Kabinet hari ini mengadakan mesyuarat tergempar berikutan insiden itu dan berikrar bahawa keganasan itu tidak akan menjejaskan pilihan raya pertama Mesir selepas presiden Hosni Mubarak digulingkan.
Insiden ini berlaku menjelang pilihan raya Parlimen di negara ini yang dijadual diadakan pada 28 November ini dengan calon akan mula mendaftar pada Rabu ini.
Pertempuran itu meningkatkan lagi kekecewaan aktivis terhadap tentera yang disifatkan oleh kebanyakan rakyat mahu terus berkuasa di belakang tabir, walaupun selepas menyerahkan tampuk kepimpinan Mesir, sesuatu yang dinafikan oleh pihak tentera.
Kementerian Kesihatan berkata, angka kematian ialah 24 orang, manakala 213 lagi cedera, tetapi identiti mangsa tidak didedahkan.
Agensi berita MENA melaporkan, Perdana Menteri Essam Sharaf turut mengadakan lawatan ke tempat kejadian yang terletak berhampiran bangunan televisyen kerajaan.
Penganut Kristian mengadakan protes bagi membantah serangan ke atas sebuah gereja di wilayah Aswan minggu lalu yang didakwa mereka dilakukan oleh radikal Islam.
Mereka turut menuntut pemecatan gabenor wilayah itu kerana gagal melindungi bangunan tersebut, tetapi aktivis kedua-dua agama menyatakan keganasan yang berlaku semalam disebabkan tindakan keras pihak tentera. - REUTERS

Sultan minta jangan pertikai JAIS



SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam berpuas hati dengan laporan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung operasi penguatkuasaan ke atas majlis Thanks Giving Dinner di sebuah gereja di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.
Baginda mengakui sudah meneliti laporan tersebut dengan terperinci dan berpuas hati dengan tindakan JAIS yang dianggap mengikut prosedur serta tidak menyalahi mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di negeri itu.
Titah baginda, tindakan JAIS itu selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988.
“Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor amat mengambil berat atas tindakan yang dilakukan dan berharap agar rakyat tanpa mengira bangsa dan agama tidak menyalah anggap dan mempertikaikan tindakan JAIS tersebut sebelum mengetahui dengan jelas fakta sebenar mengenai tindakan yang telah diambil.

Sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1011&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
“Sebagai sebuah jabatan kerajaan negeri yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang Islam dalam negeri ini, JAIS mempunyai tugas yang berat untuk memastikan agama Islam sentiasa dipelihara dan dimartabatkan selaras dengan kedudukannya sebagai agama negeri Selangor di bawah Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan juga agama Persekutuan di bawah Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan,” titah baginda menerusi satu kenyataan di sini semalam.
Baginda bertitah demikian sebagai mengulas laporan penuh mengenai pemeriksaan yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan JAIS ke atas majlis Thanks Giving Dinner yang diadakan di Damansara Utama Methodist Centre (DUMC), Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu

Jumaat, 7 Oktober 2011

Selamat Berjuang Harimau Malaya





















Ia ibarat langit dan bumi. Begitu perbezaan antara pasukan bola sepak kebangsaan dan Australia.
Memang terlalu jauh jika mahu dibandingkan tentang keupayaan mahupun reputasi kedua-dua pasukan berkenaan.
Memori indah menang 1-0 ke atas Socceroos pada final Piala Ke- merdekaan Indonesia 1992 juga tidak lebih sekadar sejarah, tambahan pula jurang kedua-dua pasukan ketika itu tidak begitu ketara apabila hanya dipisahkan 23 anak tangga dalam ranking dunia ketika itu (Malaysia di kedudukan ke-75, manakala Australia ke- 52).
Kini selepas hampir 20 tahun, pasukan kebangsaan yang masih terkial-kial di pentas antarabangsa semakin jauh terperosok di tangga ke-147, jauh ketinggalan daripada negara kanggaru itu yang kini merupakan antara 20 pasukan terbaik dunia.
Tewas dalam lima pertemuan terakhir sebelum ini juga menjadi petanda yang cukup jelas buat anak- anak buah Datuk K. Rajagobal itu supaya mempamerkan sesuatu yang istimewa menjelang pertemuan persahabatan kedua-dua pasukan di Canberra hari ini (kira-kira pukul 5 petang waktu Malaysia).
Jangan sampai 'menconteng arang di muka' Rajagobal, itulah tekad yang perlu disematkan di dalam hati kesemua pemain Harimau Malaya bagi mengelakkan kekalahan yang lebih memilukan seandainya gagal mencatatkan kemenangan ataupun sekurang-kurangnya seri dalam pertemuan itu.
Bagi peminat fanatik bola sepak tempatan pula, ada baiknya bersikap lebih realistik daripada meminta yang 'bukan-bukan' daripada skuad kebangsaan.
Kekecewaan ditunjukkan jalan keluar pada aksi kelayakan Piala Dunia 2014 pada Jun lalu seme- mangnya pedih, namun tidak adil rasanya mahu menuntut sesuatu yang lebih besar daripada pasu- kan negara sebaik memiliki status selaku juara Piala AFF Suzuki 2010 serta meraih pingat emas temasya Sukan SEA dua tahun lalu.
Bukan apa, marah sampai terbalik kerusi meja di kedai kopi pun tidak guna seandainya skuad negara dimalukan Socceroos hari ini, kerana penyokong harus sedar pasukan sekarang bukannya pasukan yang sama ketika zaman kegemilangan bola sepak negara suatu masa dahulu.
Ini tidak, balik-balik kata-kata sumbang seperti 'kenapa pasukan bola sepak kita sekarang lembik tidak macam dulu?' juga sering dilontarkan jika Malaysia tewas.
Padahal penyokong sedar betapa perjuangan pasukan negara untuk kembali bangkit bukannya suatu perjalanan yang pendek dan mudah.
Ada baiknya memberi peluang kepada Harimau Malaya untuk mengukuhkan kedudukan di persada Asia Tenggara terlebih dahulu, termasuk mempertahankan kedua-dua gelaran setakat ini sebelum mahu bermimpikan sesuatu yang lebih indah.




Hari ini, gawang kebangsaan seperti biasa dijangka dikawal hebat oleh Khairul Fahmi Che Mat yang pastinya menjadi indi- vidu paling sibuk bagi menghalang se rangan bertali-arus Australia seperti mana yang pernah dilakukan jentera serangan Jepun pada aksi kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Tosu baru-baru ini.
Benteng pertahanan negara juga dijangka dikemudi oleh 'kuda tua', Norhafiz Zamani Misbah yang dijangka mendapat bantuan daripada rakan-rakan sepasukan seperti Mahali Jasuli, Mohd. Fa- dhli Shas dan Asraruddin Putra Omar.
Kreativiti perancang Terengganu, Joseph Kalang Tie juga begitu ditagih bagi merencana serangan dari tengah padang setelah ketiadaan arkitek berbakat, Safiq Rahim yang 'tercicir' kali ini.
Kalang Tie dijangka digandingkan bersama Mohd. Amar Rohi- dan, K. Gurusamy dan S Kunan- lan di bahagian tengah, selain beberapa muka baharu seperti dua tonggak Kuala Lumpur, Shahrom Abdul Kalam dan Yong Kuong Yong di bangku simpanan juga dilihat memberikan lebih banyak pilihan buat Rajagobal.
Jentera pemusnah Harimau Malaya hampir pasti digalas oleh dua penyerang sensasi, Mohd. Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha yang cukup cemerlang pada saingan Piala AFF tahun lalu selepas sekian lama tidak di- gandingkan di pentas antarabangsa gara-gara kecederaan.
Sementara itu, nama-nama lain seperti Baddrol Bakhtiar dan Khyril Mu hymeen Zambri juga berupaya muncul selaku supersub sekiranya gandingan kedua-dua penyerang itu gagal memberikan impak seperti yang diharapkan.
"Cuaca pada waktu malam di Australia agak sejuk iaitu 11 darjah Celsius, namun ia tidak menjadi masalah buat pemain yang dilihat begitu bersemangat dan berkeyakinan begitu tinggi," kata Rajagobal kelmarin.
Meskipun skuad kendalian Holger Osiek itu dilihat seolah-olah memperlekehkan kemampuan skuad negara apabila mengetepikan nama-nama besar seperti Brett Emerton dan Harry Kewell, pemain-pemain negara sewajarnya menjadikan itu sebagai caba- ran untuk memalukan naib juara Piala Asia tersebut di gelanggang sendiri atau sekurang-kurangnya tidak dimalukan dengan aib yang lebih besar.
(Emerton dan Kewell hanya dijangka tiba menjalani latihan di Canberra pagi ini seperti mana dilaporkan media tempatan, The Canberra Times kelmarin).
Justeru, tepuk dada tanyalah selera, selamat berjuang Harimau Malaya!
Sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1007&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm

10 Wasiat Imam Syafie

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

1: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka
membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada
ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan
memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
 

Komen artis Malaysia tentang Hudud di Sinar Harian (5.10.11)

hudud

Sebagai seorang Muslim, kita perlu mengambil pendirian berhemah dan perlukan ilmu ataupun seelok-eloknya dirujuk kepada "pakar" atau ilmuan agama sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Kepada pembaca blog saya,anda hayati dan nilailah sendiri kenyataan artis di atas. Wallahuaklam.

Cubalah order,gerenti 100% sedap

http://www.batriesyia-homemade.com/
B A T R I E S Y I A - H O M E M A D E (0194242226) Arau, Perlis

Pengasas Apple meninggal dunia:


Gambar fail menunjukkan Ketua Eksekutif Apple, Steve Jobs tersenyum ketika melancarkan model baru iPhone di San Francisco pada 7 Jun tahun lalu. Apple dalam satu kenyataan ringkas hari ini mengumumkan Jobs meninggal dunia pada umur 56 tahun. Jobs bergelut dengan penyakit kanser sejak 2004. Foto AP

Belanjawan 2012 diumum hari ini

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2012 akan dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, disifatkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘Belanjawan transformasi untuk semua rakyat Malaysia’.

Menekankan pendekatan inklusif kerajaan, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, akan terdapat lebih ramai yang akan menikmati manfaat dalam belanjawan sederhana dan berhemah pada tahun ini.

Inti patinya akan termasuk dasar baru untuk menangani kos kehidupan dalam waktu sukar dan pada masa sama mengekalkan pendekatan bertanggungjawab daripada segi menjamin kedudukan fiskal dalam menguruskan ekonomi.

“Belanjawan ini adalah mengenai kerajaan mengotakan janji kami untuk menjamin keadilan sosial dan pada masa sama memastikan negara kita berada di landasan ekonomi kukuh yang akan membawa kemakmuran dan kesejahteraan jangka panjang untuk semua.

“Ini adalah Belanjawan transformasi sebenar untuk semua rakyat Malaysia yang akan menentukan hala tuju kita ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi,” katanya.

“Selaras prinsip 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ saya memberi tumpuan sepenuhnya untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan defisit, tetapi tidak akan berbuat demikian dengan mempertaruhkan kebajikan rakyat biasa,” katanya. - Bernama

Isnin, 3 Oktober 2011

BN sukar kekal kuasa, kata Tun Dr M

JITRA - Tun Dr Mahathir Mohamad menjangka peluang Barisan Nasional (BN) untuk menang dan mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum (PRU) akan datang agak tipis.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, ini kerana semangat perjuangan dalam BN terutama Umno kini dilihatnya semakin pudar.

“Kebanyakan hanya bersemangat untuk dapatkan jawatan dalam parti,” katanya.

Selain itu, budaya cantas-mencantas dalam parti itu kini di tahap kritikal.

“Ini akan berlarutan hingga pilihan raya. Jika sikap ini masih tidak diubah, peluang untuk kita menang saya boleh kata, agak tipis,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, dalam Umno juga masih wujud sikap berpuak.

“Apabila Presiden (Umno) umumkan calon, ada saja protes konon calon yang dipilih itu pasti kalah. Jika orang lain dipilih, orang yang tidak dipilih pula cantas calon yang dipilih.

“Kita sepatutnya sokong bukan protes calon parti sendiri,” katanya kepada pemberita selepas selepas menyampaikan Bicara Negarawan pada Perhimpunan Perdana Siri 2, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) peringkat negeri di Dewan Wawasan di sini, semalam.

Kira-kira 2, 000 pemimpin JKKKP seluruh Kedah menyertai program itu yang turut dihadiri Pengerusi Umno negeri, Datuk Ahmad Bashah Mohd Hanipah dan timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir.

Dr Mahathir berkata, jika pilihan raya diadakan dalam masa terdekat, undi yang diperolehi BN dijangka akan lebih merosot, malah peluang untuk menang juga tipis.

“Kalau nak menang, dalam Umno tak boleh ada puak. Ahli tak boleh setia pada pemimpin tetapi setia pada parti. Apabila pemimpin itu tak jadi calon, calon yang dipilih tak dapat sokongan (ahli), mulalah nak tutup bilik gerakan. Ahli Umno kena tinggalkan pera-ngai tikam belakang,” katanya.

Katanya, budaya ini tidak wujud dalam Umno dahulu kerana ahli Umno pada masa itu ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air atas landasan parti.

“Orang Umno dulu walaupun tak dapat habuan, sanggup berkorban harta dan wang ringgit untuk sokong perjua-ngan parti. Sekarang, kebanyakan ahli hanya harapkan balasan, pegang jawatan sebab mahu dapat kontrak.

“Mahu dapatkan jawatan dan mahu jadi wakil rakyat, yang nak jadi perdana menteri pun ada,” katanya.

Dr Mahathir berpendapat, PRU-13 belum sesuai diadakan sekarang.

“Banyak lagi perlu dibuat untuk kukuhkan parti sebab Umno belum cukup kuat. Jika dibuat sekarang, tempoh untuk pulihkan Umno tidak sempat dilakukan untuk berdepan saingan pihak lawan.,” katanya

Rujukan :http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story9595797.asp
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...