
JAKARTA - Dua kali berturut-turut memenangi 'ibu emas' temasya Sukan SEA bukan disebabkan faktor nasib atau tuah semata- mata.
Selepas skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara mengakhiri penantian selama 20 tahun dengan meraih emas pada Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos, malam kelmarin giliran Harimau Muda pula menggapai emas di Stadium Gelora Bung Karno.
Kemenangan 4-3 ke atas Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan, membuktikan betapa Malaysia kini semakin digeruni dan dicemburui pihak lawan di pentas Asia Tenggara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan