Mungkin bagi sesetengah ibubapa yang dianugerahkan anak perempuan tidak tahu kenapa Allah memilih pasangan tersebut untuk dianugerahiNya anak-anak berjantina perempuan.Ada hikmahnya yang tersendiri.
Berikut diperturunkan maksud hadis Nabi Muhammad S.A.W riwayat dari Ahmad dan Al-Hakim:-
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,
nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya,“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda baginda,“Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata,“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab,“Juga untuk seorang.”
Riwayat ini juga meliputi seseorang yang memelihara saudara perempuan.
Hadis riwayat Al-Bukhari ,Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,
melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
Hadis riwayat Bukhari,Muslim dan Tirmizi daripada Aisyah r.a.bahawa,Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”