![[matindera2.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgv3SBBQSs1kigMdwpz_yDT33RqqX3JQ2V1BxnkDxFr9mVYLB1cTn0Qu3lbrZLms7OCpuj5OOso1mWR8fm_xXehq5PWfKY4EI6-OjopGcIAECmT85W-IBaDeLGXvZGYjCGAGBJ7SOUKYLJ/s200/matindera2.jpg)

Inilah wajah Mat Indera atau nama sebenarnya, AHMAD BIN INDERA, dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor. Bersekolah sehingga peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, kemudiannya bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.
Dalam politik,Mat Indera pernah menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak haji Mohammad (Pak Sako), yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).
Mat Indera mati dihukuman gantung pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping dan dikebumikan pada keesokannya di Kampung Jambu Air, Taiping.
Isu Mat indera kini heboh diperkatakan di dalam media massa selepas Mat Sabu,Timbalan Presiden Pas dilaporkan dengan meluas sebagai berkata, antara lainnya menyebut bahawa pengganas komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong dan membunuh 25 orang anggota polis dan ahli keluarga mereka pada tahun 1950 adalah perwira sebenar “kerana mereka berperang melawan British”.
Tidak perlu saya mengulas panjang lebar. Sejarah telah membuktikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan