Selasa, 16 Ogos 2011

Jakim sahkan mentega haram


MENTEGA Pure Creamery Butter-Golden Churn ini dibalut dengan bungkusan mengandungi tanda halal.



KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.
Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha (gambar kecil) berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.
"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.
"Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Sehubungan itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu.
Menurut beliau, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.
Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.
Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas. - Bernama

Selasa, 9 Ogos 2011

Kerajaan umum bonus setengah bulan untuk penjawat awam


KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama

Ahad, 7 Ogos 2011

PEMIMPIN MELAYU PERLU BERSATU DALAM ISU AKIDAH

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Pemimpin Melayu sepatutnya bersatu dalam isu akidah, bukannya melatah sehingga menyalahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam isu pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, jika benar tindakan itu dibuat demi menyelamatkan akidah orang Islam.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, contoh yang ditunjukkan segelintir pemimpin Melayu dalam isu tersebut adalah tidak betul kerana tegasnya, selaku Muslim adalah wajib memelihara dan mempertahan akidah umat Islam yang lain.
Menurutnya, walau apa sekalipun pendirian politik setiap pemimpin berkenaan, mereka perlu meletakkan kepentingan Islam melebihi segalanya dalam isu berkenaan, kerana tindakan JAIS itu berhubung kait dengan dakwaan berlakunya penyebaran agama Kristian kepada orang Islam.
"Kalau benar dakwaan itu (penyebaran agama Kristian) wujud, kita (Pemuda Pas) memandang berat perkara ini kerana selain menyalahi Perlembagaan Persekutuan, ia membabitkan soal akidah. Jadi wajib ke atas semua Muslim termasuk JAIS untuk menyelamatkan akidah umat Islam.
"Kita kena letak agama di depan. Islam kena melebihi segala kepentingan lain dan adalah tidak betul kalau pemimpin (Islam) tertentu terlalu cepat melatah dalam perkara ini. Sepatutnya kita bersatu dalam soal agama," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.
Nik Abduh membuat kenyataan tegas itu ketika sebahagian besar pemimpin Pas lain dilihat ragu-ragu untuk mempertahankan tindakan JAIS atau berdiri di belakang Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, sebaliknya ada antara mereka secara terbuka mempertikai tindakan jabatan berkenaan.
Meskipun anak kepada Mursyidul Am Pas itu tidak menyatakan secara tepat siapa pemimpin politik yang dimaksudkan, tetapi ia dipercayai merujuk kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Abdul Samad.
Ini kerana, Menteri Besar Selangor itu kesal dengan tindakan JAIS dan memberitahu, niat serta tujuan baik jabatan itu tidak menghalalkan perbuatan yang gagal mempamerkan keadilan dan kebijaksanaan, manakala Khalid pula berkata, JAIS perlu ada 'kawalan diri'.
Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, walaupun umat Islam merupakan majoriti di negara ini tetapi ia tidak memberi apa-apa kelebihan, jika pemimpin Melayu tidak bersatu dalam hal yang sepatutnya mereka bersatu, terutamanya isu membabitkan agama.
Dalam pada itu, beliau menambah sudah tiba masanya untuk kerajaan memperkasakan undang-undang sedia ada dan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan agar tiada ruang untuk mana-mana pihak mencabar kesucian agama Islam di mahkamah sivil.
"Cara terbaik pinda atau perkasakan undang-undang sedia ada bagi menyelamatkan akidah. Memang Islam dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi banyak ruang untuk bukan Islam mencabar kesucian agama kita dan dalam beberapa kes mereka menang," katanya

SUMBER :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0807&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Jumaat, 5 Ogos 2011

Keputusan undian Piala Malaysia

KUMPULAN A:
Kedah
Perak
Sabah
Johor
KUMPULAN B:
Terengganu
Negeri Sembilan
PKNS
Sime Darby
KUMPULAN C:
Kelantan
Johor FC
Felda United
Sarawak
KUMPULAN D:
Selangor
T-Team
Kuala Lumpur
PDRM

CUEPACS minta bonus dua bulan tahun ini

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua bulan kepada semua kakitangan awam sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan itu dengan segera bagi mengurangkan beban kakitangan awam.
"Tahun ini, kita tidak mahu kerajaan memberi bantuan khas seperti dua tahun lalu tetapi kita minta kerajaan beri bonus dua bulan kepada kakitangan awam.
"Memandangkan keadaan ekonomi negara semakin baik dan inflasi juga dapat dikawal, maka inilah masa yang sesuai untuk kerajaan mempertimbangkan permohonan ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan dapat memberikan bonus kepada semua kakitangan awam masing-masing sebulan, sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri.
Sementara itu, Omar berkata, pihaknya menolak cadangan kerajaan untuk memansuhkan skim pencen sedia ada dan digantikan dengan skim pencen bercarum melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
"Cuepacs tetap mahu semua kakitangan awam menerima pencen selepas bersara kelak melainkan terdapat skim yang lebih baik daripada skim sedia ada," katanya.
Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

Khamis, 4 Ogos 2011

Hosni Mubarak,daripada kuku besi ke kandang besi




KAHERAH - Sejarah tercipta.Hosni Mubarak ,bekas Presiden Mesir yang terbaring di atas katil hospital dalam kurungan besi di mahkamah Kaherah mula dibicarakan atas kesalahan rasuah dan pembunuhan penunjuk perasaan.

Mubarak dan dua anak lelakinya, Gamal dan Alaa yang turut dibicarakan atas kesalahan sama mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan yang dibacakan pendakwa raya semasa permulaan perbicaraan.

Imej pemimpin kuku besi berumur 83 tahun itu disiarkan stesen televisyen Mesir secara langsung, iaitu kali pertama rakyat Mesir melihat bekas presiden itu sejak beliau digulingkan dalam protes besar-besaran, 11 Februari lalu selepas 30 tahun memerintah.

Di dalam kurungan itu, Mubarak yang kelihatan pucat dan memakai selimut mendongak untuk melihat proses perbicaraan dihadiri 300 orang sambil ditemani Gamal dan Alaa yang berdiri di sebelah katil bapa mereka.

Mubarak dan sembilan lagi defenden, termasuk bekas menteri dalam negeri Mesir memakai seragam penjara berwarna putih.

Perbicaraan Mubarak yang dijalankan di akademi polis Kaherah akan bersambung pada 15 Ogos depan dan beliau turut dipindahkan ke hospital berhampiran.

Jika disabitkan bersalah, Mubarak boleh dijatuhi hukuman mati

Rabu, 3 Ogos 2011

Farizal sedia rampas status No. 1

FARIZAL (depan) kembali mendapat kepercayaan jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.

REAKSI penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias terkejut bercampur gembira apabila mengetahui namanya tersenarai semula untuk mengikuti kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula petang ini.
Aksi cemerlang Farizal, 25, mengawal gawang barisan Pilihan Malaysia kendalian Ong Kim Swee ketika bertemu Chelsea pada 21 Julai lalu membuktikan dirinya masih layak untuk menyarung jersi No. 1 skuad kebangsaan.
Bagi penjaga gol kelahiran Pahang itu, dia mahu menggunakan sepenuhnya peluang menyertai kem latihan skuad kebangsaan itu untuk meyakinkan semula jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.
"Saya rasa sangat bersyukur kerana dipanggil semula menyertai skuad kebangsaan. Dua misi saya ketika beraksi menentang Chelsea tempoh hari telah berjaya.
"Pertama saya bertekad gawang tidak dibolosi Chelsea dan ia berjaya. Keduanya saya mahu kembali ke skuad kebangsaan dan ia kini sudah tercapai.
"Jadi tugas saya sekarang adalah untuk berusaha bersungguh-sungguh sepanjang sesi latihan nanti bagi meningkatkan prestasi selain memikat hati jurulatih," kata Farizal ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Dengan ketiadaan Khairul Fahmi Che Mat yang berlepas ke Slovakia awal pagi tadi untuk menyertai lati- han skuad Olimpik negara, Farizal akan berlatih bersama Sharbinee Allawee Ramli dan penjaga gol Kuala Lumpur, Norazlan Razali yang dipanggil menggantikan Nasril Nourdin.
Farizal, Sharbinee dan Norazlan pasti akan berusaha meyakinkan Rajagobal dan jurulatih penjaga gol negara, Faozi Mukhlas untuk diturunkan pada aksi persahabatan menentang Oman di Muscat pada 10 Ogos ini.
"Saya berharap dapat terpilih untuk beraksi menentang Oman nanti kerana sudah lama saya tidak berpeluang beraksi pada perlawanan antarabangsa seperti ini.
"Tetapi saya tetap perlu berusaha keras kerana tiada jaminan automatik untuk mengisi tempat sebagai penjaga gol utama," jelas Farizal yang pernah menyarung jersi Shahzan Muda dan Perlis.
Farizal merupakan penjaga gol utama skuad kebangsaan sejak Rajagobal dilantik sebagai jurulatih pada 2009 tetapi diketepikan selepas mengalami kecederaan patah tulang pipi pada Julai 2010
Sumber.http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0803&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm

Peneroka Felda dapat duit raya

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) semalam mengumumkan kesemua 112,635 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menerima wang Hari Raya membabitkan peruntukan berjumlah RM42.6 juta.
Beliau berkata, pemberian itu adalah sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda di samping membantu perbelanjaan persiapan menjelang hari lebaran.
Dalam satu kenyataan semalam, Najib berkata, kaedah pemberian wang Hari Raya kepada kesemua peneroka adalah sama dengan tahun lalu dan kadar bayaran terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda.
"Seramai 100,357 peneroka atau 89.1 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang dan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM40.14 juta.
"Seramai 12,278 atau 10.9 peratus peneroka lagi yang tidak bersama Felda pula menerima RM200 tiap seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.46 juta," katanya.
Pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dilaksanakan sejak 2003.
Najib berkata, bayaran tahun ini meningkat RM5.41 juta atau 14.54 peratus berbanding bayaran tahun 2010 iaitu RM37.20 juta.
Pada tahun lalu, peneroka yang bersama Felda atau yang menjual hasil kepada Felda menerima RM350 seorang, manakala yang tidak bersama Felda RM150 seorang.
Menurut beliau, bayaran akan dibuat kepada semua peneroka dalam minggu kedua bulan Ramadan dan dibayar di peringkat rancangan Felda seluruh negara.

Apek..Nekad putus tunang

KHAIRUL FAHMI disambut  ibu bapanya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, semalam. Gambar kecil, Aimie Harmelia Mohd Hashumi  atau Elia.
KHAIRUL FAHMI disambut ibu bapanya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, semalam. Gambar kecil, Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia.
Khairul Fahmi sudah maklum hasrat kepada Elia

KOTA BHARU: Penjaga gol kebangsaan dan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, tetap meneruskan hasrat memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.

Malah, dia yang lebih dikenali sebagai Apek di kalangan rakan pasukan Red Warriors, mengakui mengambil keputusan itu selepas berbincang dengan keluarganya dan turut memaklumkan hasratnya itu kepada Elia.
“Saya mahu menyelesaikannya dalam masa terdekat dengan mengembalikan cincin pertunangan mengikut adat orang Melayu. Saya serahkan kepada keluarga angkat di Kuala Lumpur menguruskan perkara itu.

“Saya serius memutuskan pertunangan ini selepas berfikir panjang dan mengambil kira perbincangan dibuat dengan keluarga,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan tindakannya memutuskan pertunangan dengan Elia seperti dilaporkan sebuah akhbar tabloid Ahad lalu.

Berikutan isu itu, ibu Khairul Fahmi, Bidah Ibrahim, 53, menganggap anaknya tidak ada jodoh bersama Elia.
Mengulas lanjut perkara itu, Khairul Fahmi sekali lagi menafikan tindakan memutuskan pertunangan dengan Elia kerana faktor orang ketiga seperti dakwaan pelbagai laman web dan blog tempatan.

Beliau berkata, ketika urusan penyerahan cincin itu dilakukan kepada keluarga Elia, dia berada di Slovakia bagi menjalani latihan bersama skuad Olimpik dan selepas itu melakukan persediaan saingan Piala Malaysia September ini.

Katanya, isu putus tunang itu tidak menjejaskan tumpuannya bagi persiapan dalam skuad kebangsaan dan Olimpik negara serta pasukan Red Warriors, malah sempat pulang ke sini untuk menyambut Ramadan bersama keluarga sebelum berlepas ke Slovakia, Rabu ini.

Sumber...http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Nekadputustalipertunangan/Article/

Selasa, 2 Ogos 2011

Salam Ramadhan al-Mubarak

Seluruh umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.Bulan Ramadan  bukan sekadar bulan yang telah diwajibkan kepada umat Islam berpuasa tetapi lebih penting lagi pada bulan Ramadan  ini Kitab suci, al-Quran, diturunkan Allah SWT sebagai petunjuk bagi manusia.

Surah Al-Baqarah ayat 185,Allah S.W.T berfirman yang bermaksud," Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." 

Isnin, 1 Ogos 2011

Perlu ramai lagi S.Kunalan, Shafee dan Apek



Skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K.Raja sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Singapura yang dibarisi pemain importnya.
Ini bermakna Malaysia gagal layak ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia Zon Asia.Rumusan terbaik dari  perlawanan itu menunjukkan skuad Harimau Malaya memerlukan lebih ramai pemain yang rajin,bersungguh-sungguh seperti Kunalan,bijak mencari peluang spt Shafee dan bersikap profesional sperti Apek untuk mampu bersaing dengan negara lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...