Jumaat, 30 September 2011

Khutbah Jumaat (30/9/2011): Ihsan mampu kawal diri daripada terjebak gejala rasuah



RASUAH menjadi penyakit dan jenayah yang menular dalam kehidupan masyarakat di semua tempat. Tidak ada negara boleh mendakwa bebas daripada rasuah, cuma yang boleh dibezakan pada tempoh satu-satu masa hanyalah dari segi tahap keseriusan jenayah rasuah yang berlaku. Rasuah dalam perspektif hukum Islam adalah haram berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijmak ulama.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah, ayat 188)
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertanggungjawab mengendalikan jenayah rasuah dan sepanjang siasatan dijalankan, SPRM tidak membezakan antara satu pihak dengan pihak lain.
Setiap kesalahan rasuah, penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa, SPRM akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka tanpa mengira pangkat atau taraf kedudukan. Kesalahan rasuah bukan terletak kepada kecil atau besar jumlah transaksi tetapi pihak yang terbabit iaitu pemberi, penerima atau orang tengah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat at-Thobarani)

Jika amalan rasuah terus meningkat, dikhuatiri akan mengancam kestabilan politik, ekonomi dan keselamatan negara. Mengapa amalan rasuah berlaku?

Berdasarkan pemerhatian, antara faktor utama menyebabkan berlaku rasuah ialah bernafsu besar atau sifat tamak haloba, mahu hidup mewah, memburu kekayaan dengan cepat, tidak bersyukur serta terikut-ikut rakan sekerja.
Seseorang yang didorong perasaan tamak haloba serta mementingkan diri amat cekap dan berani melanggar batasan digariskan Islam pada hal perbuatan itu boleh menyusahkan diri sendiri selain mengakibatkan punca pendapatan tidak halal.

Ingatlah darah daging daripada hasil yang haram, maka api neraka adalah tempatnya seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh hasil dari makanan yang haram itu maka api neraka adalah lebih utama untuknya.” (Hadis riwayat al-Tarmizi)

Satu perkara lagi yang mendorong berlaku gejala rasuah ialah kurangnya penghayatan kepada sifat ihsan yang bermaksud kita melaksanakan sesuatu perkara untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan perasaan yakin seolah-olah kita dilihat dan dipantau Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW ketika di tanya Jibril mengenai ihsan yang maksudnya: “Apakah ihsan itu? Sesungguhnya kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Sifat ihsan akan melahirkan mereka yang bertanggungjawab dan beristiqamah melakukan tugas sama ada ketika berdepan dengan orang ramai atau di tempat sunyi, ketika bersama majikan ataupun ketika ketiadaan majikan.

Ingatlah semua wang kekayaan yang didapati dengan cara haram adalah tidak berkat. Kekayaan secara haram tidak membawa kesenangan dan kebahagiaan dalam hidup, menyebabkan kesengsaraan serta kecelakaan di dunia dan akhirat.

Satu lagi kesan buruk daripada jenayah rasuah ialah tertolaknya ibadah solat dan doa kerana mengguna sumber yang haram. Alangkah ruginya kita disebabkan perbuatan ini ibadah dan doa menjadi sia-sia justeru menjauhkan kita daripada rahmat Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka ingkar akan ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas.” (Surah Ali-Imran, ayat 112).

Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

PETANI DILARANG GUNA KALSIUM KARBIDA

Lar

Mohamed idris menunjukkan buah-buahan tempatan yang selalu diperam oleh petani dengan menggunakan kalsium karbida di George Town semalam.

GEORGE TOWN – Amalan memeram buah-buahan menggunakan kalsium karbida di kalangan petani di negara ini didakwa mampu menghilangkan daya ingatan pengguna termasuk kecacatan bayi ketika lahir.
Hasil kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu mendapati bahan kimia tersebut kini digunakan secara meluas oleh petani yang mengusahakan tanaman pisang, betik, nenas, cempedak, mangga dan ciku supaya cepat ranum sebenarnya merbahaya.
Difahamkan, secara umumnya penggunaan kalsium karbida adalah untuk kerja-kerja kimpalan, memateri keluli besi dan berfungsi menyalakan api pelita.
Presiden CAP, S.M Mohamed Idris berkata, pemakanan buah yang diperam dengan bahan kimia arsenik dan fosforus itu bukan sahaja beracun kepada pengguna malah boleh memudaratkan kepada mereka yang mengendalikannya.
“Antara kesannya kepada saraf dalam jangka masa pendek adalah sakit kepala, pening, mengantuk dan kejang otot manakala jangka panjangnya pula ialah hilang daya ingatan.
“CAP terperanjat berikutan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Kesihatan Malaysia masih belum membendung bahaya ini sungguhpun telah dibangkitkan sejak 36 tahun lalu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

SAR DISERAP DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN

MUHYIDDIN (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Majlis Madrashah Al-Attas Arabiah, Syed Ali Mohamed Al-Attas sempena ulang tahun ke-100 madrasah itu di Ulu Tiram semalam.

JOHOR BAHRU - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan agar Sekolah Agama Rakyat (SAR) khususnya di Johor menyertai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah Kementerian Pelajaran bagi membolehkan mereka menikmati peruntukan dan bantuan Kerajaan Pusat.
Timbalan Perdana Menteri berkata, di samping itu guru-guru SAR akan mendapat tawaran skim gaji yang lebih baik.
"Saya percaya kita perlu bincang sedikit masa lagi, kalau dapat dipersetujui ke Bawah Duli Tuanku (Sultan Johor) sebagai ketua agama.
"Pihak Kerajaan Pusat akan menyediakan peruntukan yang sesuai untuk meningkatkan tahap pendidikan sekolah agama mengikut skim gaji sama dengan sekolah kebangsaan di bawah Kementerian Pelajaran," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-100 SABK Madrashah Al-Attas Arabiah Johor di Ulu Tiram di sini semalam.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, perbincangan di peringkat kerajaan negeri dan Pusat telah dibuat untuk menyerapkan SAR ke dalam SABK.
Katanya, kerjasama antara Kerajaan Pusat dan negeri itu adalah penting ke arah membangunkan sistem pendidikan agama dalam kalangan pelajar.
Mengenai SABK Madrashah Al-Attas Arabiah, Muhyiddin berkata, ia merupakan sekolah agama rakyat yang pertama di Johor menandatangani perjanjian persefahaman dengan Kementerian Pelajaran untuk berdaftar di bawah SABK.
Beliau memberitahu, sekolah berkenaan telah menikmati pelbagai bantuan yang disalurkan kementerian sama seperti sekolah-sekolah harian yang lain merangkumi keperluan guru-guru terlatih, kemudahan pembelajaran, buku teks dan biasiswa.
Sempena sambutan 100 tahun penubuhan madrasah itu, beliau turut bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM270,000 bagi membantu meningkatkan prasarana sekolah tersebut. - Bernama

Khamis, 8 September 2011

Marsha AF pengsan telan pil berlebihan

Penyanyi ditemui tidak sedarkan diri akibat terjatuh di rumahnya

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh, 26, dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di Petaling Jaya, petang semalam selepas didapati tidak sedarkan diri akibat terjatuh di rumahnya.

Menurut sumber, Marsha yang menerima rawatan di wad trauma dan kecemasan pusat perubatan itu, dipercayai pengsan kerana mengambil pil secara berlebihan.

“Marsha dihantar oleh seorang wanita dalam keadaan lemah dan hasil pemeriksaan awal mendapati dia menelan sebanyak 30 biji pil.
“Dia kini di bawah pengawasan doktor di wad trauma dan kecemasan serta tidak bersedia menerima sebarang pelawat,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, doktor masih belum dapat mengesahkan jenis pil yang ditelan oleh Marsha.

Sementara itu, bekas pengurus Marsha, Syada Fiza mengesahkan penyanyi itu dimasukkan ke hospital, namun menafikan tindakan Marsha yang dikatakan mengambil pil secara berlebihan sebagai satu cubaan membunuh diri.

“Marsha memang sering sakit dan ada kala dia tidak dapat menerima undangan persembahan disebabkan faktor kesihatannya itu,” katanya yang hanya mengetahui berita itu daripada rakan.
Penyanyi yang terkenal dengan imej seksi ini pernah menggemparkan industri hiburan dengan berita perkahwinannya yang diadakan secara tertutup di Kepong, Jun lalu.

Bagaimanapun, berita itu hanyalah gimik untuk pembikinan video klip terbarunya.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MarshaAFpengsantelanpilberlebihan/Article

Isnin, 5 September 2011

Siapa Mat Indera ?



[matindera2.jpg]
 
Inilah wajah Mat Indera atau nama sebenarnya, AHMAD BIN INDERA, dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor. Bersekolah sehingga peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, kemudiannya bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.
 
Dalam politik,Mat Indera pernah menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak haji Mohammad (Pak Sako), yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).
 
Mat Indera mati dihukuman gantung pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping dan dikebumikan pada keesokannya di Kampung Jambu Air, Taiping.

Isu Mat indera kini heboh diperkatakan di dalam media massa selepas Mat Sabu,Timbalan Presiden Pas dilaporkan dengan meluas sebagai berkata, antara lainnya menyebut bahawa pengganas komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong dan membunuh 25 orang anggota polis dan ahli keluarga mereka pada tahun 1950 adalah perwira sebenar “kerana mereka berperang melawan British”.

Tidak perlu saya mengulas panjang lebar. Sejarah telah membuktikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...